User Name : Password     Register     Lost Password
Puan Pengetua SBPIT
Pengetua

Pn. Shariffah Asmak
bt
Syed Alwee
Navigation
Halaman Utama
Forum
Muat Turun
Galeri Foto
Buku Pelawat
FAQ
Hubungi Kami
Pautan Luar
Profil Sekolah
Maklumat Am Sekolah
Sejarah Sekolah
Pentadbiran SBPIT
Guru dan Staf
Akademik Pelajar
Badan Pengawas dan Disiplin
Briged Bestari
Badan Dakwah dan Kerohanian
Badan Perwakilan Pelajar
Jawatankuasa Kebajikan dan Sahsiah Asrama
Asrama Sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Karya Kreatif Pelajar
Rumah Sukan
Sidang Redaksi Sekolah
Kokurikulum
Tokoh Pelajar
Pencapaian Sekolah
Unit Hal Ehwal Pelajar (HEM)
Education Philosophy


Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holostic and integrated manner, so as to produce individuals who are intelectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large.
Bantuan Online

Untuk sebarang bantuan teknikal penggunaan web ini boleh berhubung dengan kami

- Ahmad Zhafir
- Muhamad Afiq
- Aidil Azim
- Hidayat
- Syaiful

MyTopSchool.Com
Free Ranking System For Malaysian School
Advertisement
ekiosk
TV Pendidikan
WebTV Pendidikan
EMIS
Promosi SBPITEM.NET
Copy & paste kod dibawah dan letakkan di halaman Friendster atau blog anda untuk membantu mempromosi laman web sekolah ini:



Fight Spam
Selamat Tahun Baru 2009
Selamat Tahun Baru 2009 diucapkan kepada semua pelajar SBPIT. Semoga diiringi dengan azam baru yang bermakna. Sesungguhnya, tahun 2009 merupakan tahun yang signifikan dan bermakna. Usia semakin meningkat dewasa dan menempuh cabaran yang baru.

Bagaikan baru semalam kita mendapat tawaran masuk ke SBPIT. Segalanya masih segar dalam ingatan. Apa-apa pun, jangan toleh ke belakang dan teruskan dengan memastikan keputusan peperiksaan dan pencapaian ditingkatkan. Tentunya aktiviti ditambahbaikkan oleh pelajar-pelajar.

Kita bukan pelajar kampung, tetapi pelajar Sekolah Berasrama Penuh sewajarnya setanding dengan pelajar-pelajar di SBP lain. Mereka berusaha melakukan anjakan paradigma dalam hidup walhal kita melakukan lompatan katak sahaja. Seharusnya ini merupakan cabaran kepada semua pelajar.

Sempena tahun baru ini juga, janganlah kita asyik dibuai mimpi. Lihatlah rakan-rakan kita di Palestin. Seagama dengan kita. Jerit tangis mereka, raungan anak tanpa ibu ayah, dan rumah yang musnah bukan sesuatu yang mudah. Kita sebagai seorang Muslim, kita tak dapat berbuat apa-apa. Jika tak terdetik langsung rasa keinsafan dalam diri tatkala diperlekeh golongan Yahudi dan Israel yang tanpa tanah air sendiri, petanda hati semakin gelap. Ayuh, jangan leka dan lena!

Oleh itu, jangan kita abaikan tanggungjawab kita, janji kita pada keluarga, guru-guru dan sekolah. Anggaplah itu sebagai satu azam dalam diri kita. Mulakanlah tahun baru ini dengan usaha meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T.
Keputusan PMR diumumkan esok
Salam.

Esok, keputusan PMR 2008 bakal diumumkan. Kepada semua pelajar batch Impervious, kami ucapkan selamat berjaya!

Kalau dapat yang baik, syukur alhamdulillah, kalau gagal, tak mengapa anda masih yang terbaik jika anda menerima dan melakukan perubahan kayuhan minda!

XPDC - Semangat Yang Hilang

( 1 )
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

( 2 )
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

( 3 )
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

( korus )
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

( ulang korus )

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

( solo )

( ulang 2, 3 dan korus )
TeLaH BeRlAlU
Nampaknyer peperiksaan terakhir yang dilalui pada tahun 2008 telah berakhir. Kini,abang-abang form 5 kita telah menjadi sejarah buat kita. semoga mereka berbahagia dalam jurusan yang mereka ambil dan harap-haraplah mereka akan menaikkan nama sekolah. Saya mewakili seluruh ahli sbpit ingin mengucapkan selamat berjaya kepada mereka.

SEMOGA BERJAYA
CuTi SeKoLaH BeRMuLa...
Berita TerkiniHoorey!!Hoorey!!Cuti sekolah telah bermula...tapi sebelum tu jangan kita lupa pulak dekat pelajar-pelajar tingkatan 5 yang sedang bertarung dalam satu peperangan besar untuk menentukan masa depan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia...Semoga berjaya kepada semua...

kepada pelajar tingkatan 1-4,
jagalah diri elok-elok...jangan lupa study n siapkan sumer kje skolah yang diberikan...!!


wassalam..jangan lupa tgk countdown..
Majlis Pancadelima 2008
Pada tanggal 5 haribulan november, telah berlangsung sebuah acara tahunan yang gilang-gemilang yang diberi nama Majlis Panca Delima yang telah disambut oleh semua warga sekolah. Majlis ini adalah bertujuan bagi meraikan pelajar tingkatan 5 yang bakal menjalani peperiksaan PMR yang bermula pada 13 oktober 2008. Majlis ini telah adalah hasil titik peluh pelajar tingkatan 4 yang bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis ini.


Read more...





Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SBP Pahang 2008
Pada 31 Julai hingga 3 Ogos yang lalu, sekolah telah menghantar pelajar tingkatan 4 untuk menyertai suatu perkhemahan bersepadu peringkat sekolah berasrama penuh negeri Pahang . Perkhemahan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah di Lapangan Terbang Kuantan.

Read more...
Penilaian Menengah Rendah 2008 - Briged Bestari
Assalamualaikum.



Menunggu krew-krew artikel untuk menulis berita terkini kadang-kadang mengasyikkan. Teringat lagu Damasutra, Asyik.

Peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah telah berlalu tanggal 17 Oktober yang lepas. Pelbagai program telah direncanakan pihak sekolah untuk memenuhi masa terluang para pelajar tingkatan 3. Program ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SBP Integrasi Temerloh di bawah seliaan Puan Shafinah binti Mamat. Antara aktiviti yang dimaksudkan ialah pengenalan subjek Tingkatan 4, aktiviti kokurikulum, 'tanam pokok' dan lain-lain. Menyeronokkan jugalah. Terutama apabila yang melihat masih menduduki peperiksaan. :D

Bagi ahli Briged Bestari Tingkatan 3, ada beberapa tugasan yang perlu dibuat dan diselia. Ketuanya ialah Syafiq Ghazali (Ah Chong). Kalian dikehendaki mendaftar di laman web yang baru ini kemudian maklumkan pada saya untuk ditukar menjadi Admin. Seterusnya, ambil masa untuk memahami struktur web PHP-Fusion dan tambah aksesori web seperti header, gambar-gambar peristiwa, panorama sekolah, fail muat turun dan lain-lain. Bukan apa, kami sudah sampai ke persediaan SPM. Masa semakin menghimpit. Kalau ada apa-apa yang dimusykilkan boleh bertanya pada saudara Afiq atau saya.

Salam merdeka kepada pelajar tingkatan 3 dan kepada para pelajar lain, jangan lupa kita masih bersekolah hingga 15 November 2008.

Wassalam.
Peperiksaan Akhir Tahun 2008


Selamat menjawab peperiksaan diucapkan kepada semua pelajar! Peperiksaan akan diadakan insyaAllah, 2 minggu lagi. Semoga bersedia!
Malam Ambang Merdeka Peringkat Sekolah 2008


“PERPADUAN TERAS KEJAYAAN”


Pada malam 30 Ogos 2008,telah berlakunya satu detik bersejarah kepada negara kita khususnya kepada warga SBPIT,iaitu Sambutan Malam Ambang Merdeka bersempena Hari Kemerdekaan ke-51 2008 diadakan.Sambutan ini telah dihadiri oleh semua warga SBPIT dan bermula pada jam 10.30 malam setelah selesai Malam Hari Kokurikulum.Acara dimulakan dengan persembahan daripada pelajar Tingkatan 2 perempuan.Kemudian program disambung dengan persembahan daripada setiap rumah sukan.Tika detik 12 tengah malam,Saudara Idris telahdipilih untuk melaungkan sorakan ’Merdeka’ sebanyak 5 kali.Program diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku,Tanggal 31 dan Perpaduan Teras Kejayaan.Majlis Tamat pada jam 12.30 malam.

Selamat Berpuasa - Ramadhan 1429H
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh warga sekolah, pendidik, staf dan pelajar. Moga-moga Ramadhan tahun ini berlainan dan lebih baik dari yang sebelumnya.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2, selamat menjawab peperiksaan minggu ini. Tidak lupa juga kepada calon-calon PMR dan SPM. Masanya kian tiba. Pulun jangan tak pulun!

Kepada penghuni-penghuni asrama, selamat menunaikan solat Terawih di masjid. Jangan ponteng-ponteng. Bilalah lagi hendak menunaikan solat Terawih kalau bukan bulan Ramadhan. :D

Jika tidak ada aral melintang, setiap hujung minggu boleh pulang berbuka puasa bersama keluarga. Bersembahyang Terawih di masjid. Sekali-sekala buatlah yang banyak tu.

Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita bermuhasabah diri, cermin diri kita. Cukupkah amalan kita untuk bekalan hari akan datang? Banyakkanlah amalan ibadah semoga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Setakat itu sahaja yang hendak dicoret buat kali ini. Akhir kalam, selamat berpuasa!

Wassalam.
Ahmad Zhafir - Blog The New Timer
1 September 2008 - Jam 1833
Pembinaan Semula Laman Web Sekolah
Assalamualaikum.

Under Construction


Tatkala menulis berita ini, terkenang kembali memori ketika di tingkatan tiga, semasa krew Briged Bestari yang lapan bersama-sama membina laman web sekolah. Namun, disebabkan satu masalah, yang kami anggap sebagai satu ujian dan rahmat, kami terpaksa membina semula laman web sekolah dengan berbekalkan pangkalan data yang lama. Mujur. Kalau tidak, terpaksalah data-data dimasukkan secara manual semula.

Namun bagi versi yang terkini ini, v2, kami akan menggunakan Skrip Pengurusan Kandungan PHP-Fusion yang sedang meluas penggunaannya bagi menggantikan sistem XOOPS. Harapan menggunung agar krew-krew Briged lain yang baru dapat membantu bersama-sama menyiapkan kembali laman web sekolah ini. Yang tersirat sudah tersurat, Dengan lafaz BISMILLAH, MULAKAN GERAK KERJA SEKARANG! INSYAALLAH AKAN BERJAYA!


Wassalam,
Ahmad Zhafir,
Jam 0151, 17 Ogos 2008 - Jerantut, Pahang.
Latest Active Forum Threads
  Topik Views Replies Last Post
Selamat Datang ke SBPITEM.N...
Am
95 1 yusuke86
07-11-2008 23:06
Info Terkini
MaSa iTu EmaS
BaCK To ScHooL CoUNTDoWn
Daftar Masuk
Username

Password



Belum jadi ahli?
Tekan sini untuk mendaftar.

Lupa password?
Minta yang baru di sini.
MeMBeR OnLiNe
counter
Pengguna Online
Pelawat Online: 1

Ahli Online: 0

Jumlah Ahli: 48
Ahli Terbaru: haziqah
Member Poll
Apakah yang anda ingin cadangkan untuk cantikkan sekolah ini?







You must login to vote.
Last Seen Users
syahira 1 day
annaalthafunnisa 3 days
suriee_6 4 days
raimi 4 days
limap5 4 days
aNaSu-KuN 5 days
DarkZero 5 days
peaceboy 5 days
morphius 1 week
haram 1 week
Kotak jerit
You must login to post a message.

05/01/2009 20:27
good luck 4 everyone.. Wink

03/01/2009 18:32
selamat kembali ke sekolah adik2!! chaiyuk2!! Grin

02/01/2009 14:52
Penjara in-soft akn dibuka dalam 2 hari lagi!! Shock

30/12/2008 19:04
sklh bukak 4/1..t nk g anta aziq...

30/12/2008 01:10
result pmr....

27/12/2008 16:07
.....Smoga wArga iMpervi0us 93 mdPt reSult y tBaik!!!!!!!! aminnn.... Wink

24/12/2008 21:35
PMR kua rezult t 30/12...go0d luck...daaa......

22/12/2008 16:05
rse x puas lah cti kali ni

22/12/2008 11:38
hey....loom lagi la rase canm nak cuti lame lagi la weyh

21/12/2008 19:32
seKoLah da nk buKaK ni.. mleh2.. Sad da redY lOm??

Trafik Semasa